Monday, 30 November 2015

a nova vida - intro

Hi...

Rambut yang panjang lembap serta kusut berwarna hitam pekat aku sikat depan cermin panjang yang menghiasi bilik berwarna krim itu. Pergh bau syampu Dove memang wangi yang amat. Selesai je sikat rambut terus aku landing atas katil konon konon ready nak tidur tapi bukan nak tidur pun. Aku bukak laptop yang memang dari tadi memang letak atas bantal and terus on lagu Nothing Like The First Time - Lady Antebellum sebelum capai novel The Fault in Our Stars karya John Green atas meja tepi katil saiz Queen tu and sambung bacaan kelmarin punya. Part Hazel Grace dengan Augustus Water pergi picnic. And lepas baca dua tiga muka surat mata aku terus rasa berat,  and aku just tutup buku, letak atas meja dan terus hadap laptop untuk tukar lagu and check email. Hmm takde email yang masuk.
Aku tengok jam kat laptop menunjukkan pukul dua setengah pagi. Pejam celik mata aku dua kali , renggangkan pinggan yang lenguh tak seberapa,  hibernate laptop and terus berbaring atas katil yang empuk serta terlupa untuk matikan lampu bilik.

 *takde idea pasal lifestyle plus tak mengantuk lagi so konon konon nak create story from my mind yang dah hyper coffee ler ni but in the short one. 

Saturday, 28 November 2015

mija.....blur

Hi..

So hari ni just nak buat short post about my url blog. Bukan sebab ada reader tanya but I just suka suka nak buat post ni.  Huhu mengada betul perempuan sorang ni.
Suka dengan word 'BLUR' hehe that's why buat blog pakai url ni. I memang seorang girl yang memang blur and lambat pick up macam siput babi. Mija tu pulak memang my name but not my full name lah.
So sebab tak nak nampak biasa je dengan buat url blog pakai full name, then I just short kan my url and blog name, simple. At the first,  nak letak 'the' tapi malas la so kita just pakai mijablur.blogspot.com sebab kalau panjang sangatkan tak lawa jugak, as for me lah, kalau orang lain punya blog tu suka hati dia la nak letak panjang or pendek or terlebih panjang sebab tu diorang punya blog not me betul tak.

Toodles.

Wednesday, 25 November 2015

crush zaman sekolah

Hi uolls



Seriously weh terkenang zaman tak matang dulu dulu, bukan setakat terkenang je rindu pun ye. Tercetus post kali ni bila teringat detik semasa jadi student form one. T_T.
Zaman mula mula jadi student sekolah menengah setelah berhempas pulas selama enam tahun jadi budak hingusan yang slow nak mampus.

Masa tu, I dapat duk dalam kelas yang no.3 daripada 7 kelas (kut? ) dalam sekolah tu  , takpa kita redha and chill nak mampos sebab ada geng yang satu kelas. Tak lama lepas tu dapat naik kelas no 2 , tak happy pun sebab geng ketinggalan ke belakang. Alkisah, masa tu ada spot-check, pelajar perempuan berdiri kat belakang kelas and pelajar lelaki kat depan kelas,  itu lah detik nya haaa mata yang tak bulat dan tak sepet ni tertengok seorang pengawas lelaki kat bahagian pintu belakang kelas.
Muka dia ala ala Chinese guy sikit tapi dia Melayu he he dah la kulit dia jenis cerah cerah gitu .  Bila tengok tu terus I terdetik dalam hati 'handsome nya dia ni ' . So lepas spot check tu memang dalam hati ni terkenan sangat kat mamat tuh.

And then,  masa tu duk jalan dengan kawan lah time tu tengah naik tangga nak pergi tingkat 2 ke tingkat 3 macam tu lah dan selisih dengan dia yang on the way turun tangga,  masa selisih tu memang mata ni terus tengok tag name dia yelah tak kan nak lepaskan peluang pulak ye dok. Haha. Masa tu I ingat lagi yang  tag name dia warna oren I punya warna kuning time tu so time tu I tahu lah yang dia budak form three hehe and nama dia start dengan Ahmad. So tiap kali terserempak dengan crush, memang hati gembira terlampau siap sengih sengih bagai. Kalau lalu kat kelas dia pun memang nak sangat tengok muka dia, tapi tu lah kena lah control sikit tak boleh nampak over sangat he he. Tapi tu la, sekejap je sebab lepas dia habis exam PMR, memang tak nampak dah muka dia T_T. Tapi tu la memang wish sangat nak jumpa dengan dia balik nak tengok muka handsome dia ahaa.

p/s : tak dapat hadap muka crush, hadap Candy Crush Saga pun jadi at least crush muahahaha <3 <3 <3

Sunday, 22 November 2015

unspeakable love dan putera

Hi..

Ingat lagi dulu-dulu baca novel or cerpen secara online kat Penulisan2U , dulu dulu heh, bukak laman Penulisan2U and scroll kut kut ada cerpen or novel terbaru yang boleh I baca untuk menghilangkan rasa bosan pada tengah tengah malam yang sejuk, lepas tu I tengok ada tajuk tu, Unspeakable Love and I fikir maybe tu story baru kut and dengan penuh rasa teruja dalam hati I pun baca la Bab 1 Unspeakable Love tu.


Lepas baca tu rasa curious tu timbul sebab watak tu asyik lelaki je,  tak macam novel-novel yang lain la kira nya. And entah macam mana boleh terfikir yang Unspeakable Love ni story about gay. Hahaha. And terfikir macam mana pihak Penulisan2U boleh terima and published this story. So bila baca sampai bab berapa entah, Unspeakable Love sesangat lah best. The gay story tanpa sebarang unsur seksual, just mengenai perasaan and persahabatan so I memang rasa respect gila ah kat Putera ni sebab boleh ubah perspeksi I terhadap kaum homo-homo ni especially gay yang tak semua relationship ni all about sex.*ye ke? I suka watak Fahri, Shahir *roommate si Fahri,  and Saiful. And melalui Unspeakable Love ni la I tahu mengenai laman web yang khas untuk para gay iaitu Planet Romeo .


Ehem melalut pulak.. so sebab mengantuk I tidur la and the next day tu I on Google Search and taip Unspeakable Love and then jumpa la blog Putera ni.  At the first bila baca blog dia ni memang I impressed dengan dia. Jejaka dari Sarawak, pencinta kucing dan ambil degree dalam bidang architecture kat Aussie nuhh. I memang macam ni kalau baca blog sape sape tambah tambah lagi blogger tu study kat oversea memang tersangat impress, tak tahu kenapa huhu. And then I add dia kat Facebook *he approve of course haha . And terus baca his Unspeakable Love. Blog dia best, sebab tu follow tu pozst post blog dia sangat best. And setahu I Putera ni pakai celak, tahu pasal ni pun bila baca satu post dalam blog Shark dunia-n.blogspot.my/2015/02/jumpa-putera-129.

So uolls boleh la singgah singgah blog Putera tu huhu.  Bak kata Shark dalam post dia tu blog Putera ni blog yang agak berilmiah Hahaha. He's right.

p/s : dah lama tak jenguk Penulisan2U sob sob sob.

Friday, 20 November 2015

nuffnang and breastfeeding

Hi


Sejak dua menjak ni bila on blog je memang lah I asyik tengok Nuffnang punya ads kat bahagian sidebar je sebab memang dah terbiasa sejak mula mula buat blog lagi tapi kali ni bukan sebab 'dah terbiasa' tapi sebab lain. Dua tiga kali I on blog and memang kat bahagian Nuffnang ads asyik keluar ads breastfeeding je kejap keluar warna pink konon ada kartun ibu dengan anak lepas tu warna biru pulak siap ada bapak budak lagi , kat blog lain pun gitu hmm. At the first, memang ingat something wrong somewhere with Nuffnang ads tapi bila tengok blog orang lain pun keluar iklan tu je so I think nothing wrong with Nuffnang.

So bila tengok Nuffnang breastfeeding punya advertising tu, maybe pihak Nuffnang nak kita sedar bahawa penting nya susu ibu untuk baby dan juga tuan punya badan so that's why lah Nuffnang letak ads tu. Bukannya lucah, kut some people pikir macam tu mana tahu. Walaupun I ni still lagi no husband no children tapi setahu I susu ibu penting untuk anak-anak,  bukan setakat untuk anak anak je tapi jugak untuk para ibu sendiri. Mengikut peredaran zaman semasa, ramai ibu ibu kat luar sana tak nak beri susu dada untuk baby diorang konon konon nanti bila breastfeeding baby nanti breasts diorang jatuh la tak lawa macam sebelum ni la apa. Hukhuk.

Women and the mommys sekalian, sebelum fikir macam tu please fikir about your baby dulu. Susu ibu adalah penting untuk baby tau. Erghh I yang belum ada hubby dengan anak ni pun tahu pasal benda ni , ni kan pulak uolls yang dah ada laki.
Breast feeding ni penting untuk para ibu dan baby and banyak kebaikkan untuk kedua belah pihak. Untuk para ibu, breastfeeding ni boleh mengurangkan risiko terkena kanser payudara dan juga kanser servik, dan juga dapat membakar kalori serta mengembali kan bentuk badan yang ideal *kalau kembali langsing I pun nak hihi. For the baby, memberi nutrien untuk perkembangan otak dan badan, dan melindungi baby daripada terkena pelbagai jangkitan kuman dalam badan. By the way, kandungan dalam  susu ibu ni berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar so sangat lah mudah. Kalau uolls bagi baby uolls minum susu formula, memang banyak la duit habis semata-mata nak beli susu yang mengikut keperluan baby =,= betul tak?.

So untuk tahu lebih lanjut mengenai breastfeeding ni, boleh on My Health. :)

p/s : belum ada baby lagi, so tak boleh bagi susu erk.

Tuesday, 17 November 2015

the flashback : UPSR 2006

Hi

Tajuk pun tak gempak mana, saje je ingat ingat balik masa ambik exam UPSR dulu, mentang mentang lah hari ni dah keluar result UPSR untuk murid-murid darjah 6 tahun 2015 kita pun sibuk nak flashback bagai, so yang lulus dengan cemerlang tu tahniah I ucapkan and yang kurang cemerlang tu takpa ya.. perjalanan hidup masih jauh lagi don't worry .  Bila teringat balik pun malu, taip entri ni pun malu =,= hahaaa. Ikut kenangan I sendiri bukan kenangan orang lain yeee.


UPSR masa tu takde la kuno sangat biasa je, tahun 2006 darjah 6. Tempat duduk I masa exam time tu belakang la jugak sebab diorang susun tempat duduk ikut susunan nama the whole students darjah 6, bukan susun ikut kelas so I redha je la. Duduk kat baris pertama dan kat belakang , time tu nak nangis pun ya nak meraung pun ye sebab at the first terfikir 'nama aku start dengan huruf E, confirm dapat duk baris pertama bahagian tengah tu '.  Heloo berangan je I ni. Still baris pertama tapi terover ke belakang, tempat duduk betul betul sebelah pintu bahagian belakang dewan, nak nangis woiii sebab kalau nak pergi tandas kena keluar ikut pintu depan , dah la time tu tempat duduk I betul-betul duk kat belakang tu yang timbul rasa menyampah tu T_T .

The nightmare start bila time tu I rasa cuak sangat sampai asyik nak muntah muntah je , macam orang pregnant hahaa padahal exam je kut bukannya apa pun. Maybe time tu I terlebih takut huhuhu. Sepanjang exam tu I pening muntah muntah sampai cikgu cakap kat I kalau nak pergi toilet nak muntah ke apa keluar ikut pintu belakang je , tak yah sibuk sibuk duk angkat tangan nak mintak izin cikgu nak pergi toilet lepas tu kena pergi ke pintu depan lagi, buat naya je huhuhu. So kalau nak termuntah ke apa, memang I terus keluar ikut pintu belakang tu je,  simple. Horayy. Hahaaa.
So bila teringat balik memang malu yang amat,  ye laa time tu orang lain sibuk duk jawab exam kita pulak duk sibuk muntah tak ke malu huhuhu.

p/s : nasib baik dapat tempat duduk kat belakang dekat dengan pintu huhu senang sikit nak pergi toilet. Image dari Google Image.

Saturday, 14 November 2015

eh saya malu laa

Hi

Ada je blogger yang nak orang tahu mengenai blog diorang tapi malu. Malu macam mana tu? Of course la yang terover negative mind konon konon takut orang fikir blog dia macam tak guna and kutuk habis habisan kira malu la tu or bahasa mudahnya negative . So dalam dunia blog,  I anggap benda macam tu as a malu.
Erghh.


 Hello people … biaq pi la orang nak pikir apa pun pasal blog kau..biar je la. Nak people tahu pasal blog uolls,  go ahead je la. Ping blog tu kat Google+ , Facebook ,  Twitter,  or wherever at least rajin rajinkanlah ping mengenai entry terbaru. Baru betul. By the way,  cakap mengenai ping entry blog, please lah please lah jangan share kat home Facebook  tu je. Sekarang ni banyak pages pasal blog, so ping je la entry blog tu kat mana - mana pages kat Facebook tu. So do with Google+ *google plus. Banyak community dalam Google+ mengenai blog and join any community about blog and then ping your entry.  Simple. And tak salah kalau uolls letak link blog uolls pada profile Twitter and Instagram , senang silent reader yang baca blog uolls, just click kat link je.
Ni tak,  sorok blog bawah bantal apa kes hahaha.



Lagi, rajin rajin lah uolls blogwalking eh, jenguk jenguk blog orang lain tu. Janganlah uolls just baca entri entri blogger tu lepas tu terus belah, tak boleh gitu. Kalau nak blogger lain tahu kewujudan blog uolls,  apa lagi komen lah jawabnya. Komen yang elok-elok ye jangan pulak uolls pergi letak komen yang bangang lepas tu menaikkan darah blogger dari blog yang uolls komen tu. Komen elok elok dengan bahasa yang sopan and then tinggalkan link blog uolls kat komen tu. Mana tahu lepas tu trafik blog meningkat, betul tak? Lepas tu bila traffic blog dah meningkat, secara tak langsung earning blog uolls akan naik,  happy tak? So jangan malu nak tinggalkan jejak blog tu.

p/s : orang tak makan blog kecuali hack.

Friday, 13 November 2015

my favorite blogger { 1 }

Hi

Anggap jela pada hari Jumaat ni I terlebih boring plus bosan sampai nak list kan my  favorite blogger untuk suka-suka hati and mana tahu nanti uolls pun berminat nak baca blog yang I listkan ni.*malas update malam sebab nanti nak tengok Kuch Kuch Hota Hai TV3.

1. Namee Roslan
Daripada blog kak Namee ni la I tahu mengenai syarikat pengiklanan Nuffnang . Thanks kak Namee ^_^ … By the way,  blog kak Namee memang best sangat sangat best sebab content blog dia jenis sempoi and blogger dia pun cantik dan langsing and I suka baca kisah cinta Kak Namee and her hubby and story mengenai anak anak dia yang comel dan handsome , Adam and Noah.

2. Sabrina Tajudin
Seorang blogger bertudung, cantik and makeup junkie . Suka je bukak blog Sabrina sebab boleh tahu mengenai make up terbaru huhu. So biasa kalau nak tahu mengenai produk kecantikkan memang i selalu bukak blog dia huhu. And blog dia dalam BI ni yang bertambah impressed ni.

3. Peej Burhan
Kalau bukak blog Peej,  apa lagi kalau bukan family story and horror stories huhuhu. Content blog dia best, kalau baca memang tak mengantuk sebab kelakar and tak boring. Mostly story about her family members,  friends kira macam bila baca je , boleh tahu how her family members and friends . A great blogger huhu.

4. Nurul Syahida
One of my favorite novelis and I memang suka baca novel novel Nurul Syahida especially Aku Keliru!. Kenapa I suka novel-novel karya Nurul Syahida ni?  Sebab jalan cerita dia lain dari yang lain iaitu watak hero yang normal macam Roul dan Apis Milo *betul ke nama apis Milo tu lupa ah nama watak hero Plain Jane yang at the first memang tak sangka dia hero.  Sorry melalut. Bukan setakat novel je, blog dia pun I suka. Huhu.

5.Atisha Khan.
Si manis blogger yang berumur 16 tahun*kalau tak silap I. Dan juga adik kepada Neelofa huhu. Cantik macam kakak dia jugak and blog dia lebih kepada personal maybe. Entahlah. Maybe. Haha. She is a great writer because I'm not. Her blog banyak story kisah hidup dia dan juga berblog dalam bahasa English.  Impressed  betul. Baru je umur 16 dah terror menulis dalam bahasa omputih I ni, bahasa omputih ke laut la gamak nya T_T.


p/s  : Hmm.. lima pun okay kan.  Maybe nanti I sambung lagi sebab malas la panjang panjang takut nanti takde bahan nak pikir buat post :p huhu. Malas nak letak gambar.

Thursday, 12 November 2015

perihal hayyan wajidi.

Hi

Konon konon sambil lepak dengan family kt depan tv sambil tu la tangan ni gatal nak update blog, mula-mula blur jugak  nak update blog pasal apa, nama je nak update blog tapi idea ke laut T_T. Sadis beno hahaha.
Lepas tu umi nak masuk dapur so dia suruh I yang takde ilmu masuk dapur pun tengok-tengokkan baby Hayyan yang umi ngasuh tu. Kenapa baby? Sebab umur dia tak sampai setahun pun so panggillah dia baby or adik Hayyan.

Hayyan ni putih, dah la putih comel, mata luas, siap dengan lesung pipit sebelah kanan pulak tu and manja. Kena sikit nangis hadoiii penat den. Yang paling I suka dengan si Hayyan ni mulut dia yang warna pink tu, cute jeee. And now,  dalam peringkat-berdiri-gatal-nak-berjalan-and-jatuh-nangka-busuk. Aduhai budak ni,  gigi pun belum tumbuh lagi,  jalan jatuh bangun balik next year nak dapat adik baru lagi huhuhu. Kalau tak silap I, Hayyan ni  lahir 23 Disember 2014,  last year,  dua hari sebelum banjir. Kiranya masa tu duk kat masjid la budak cute mengada ni haaaa. And dia suka dengar orang berzikir, azan sebab bila dia dengar orang berzikir or azan,  terus dia senyap, tanda dia suka.



So this is my Hayyan. Say hi to him.

Peace.

p/s : writer block maybe?

Tuesday, 10 November 2015

nuffnang itu rezeki kita

Hi...

Mula-mula start buat blog dulu memang tempek terus iklan Nuffnang kat bahagian sidebar sebab tak nak kasi blog nampak sedih sangat, so kasi ceria kan blog dengan iklan Nuffnang, blog pun nak ceria jugak bukan tuan punya blog je boleh ceria ceria tak gitu? Tahu pasal syarikat pengiklanan Nuffnang ni pun dari blog Kak Namee Roslan , so kena big thanks to Kak Namee lerr huhu.


Bagi I, Nuffnang merupakan sebuah syarikat pengiklanan yang bagus untuk para blogger termasuklah I sebab lepas pasang iklan Nuffnang, blog I nampak ceria jugak.
I pilih Nuffnang sebab  :



  • Helpdesk yang mesra alam . Jawab soalan uolls dengan tepat. 
  • Iklan dia cantik, I mengaku.
  • Nuffnang selalu buat event and outdoor activity dengan para blogger.
  • Even kalau traffic blog rendah pun uolls berpeluang dapat BE tak semestinya traffic tinggi pun akan dapat BE. 


 I ni takde tip nak bagi pada uolls so kalau uolls rasa nak sangat tingkatkan earning Nuffnang uolls, mohon pergi on Google dan search ye. And setakat ni memang setia dengan Nuffnang je sebab dah biasa ,  tak pernah lagi buat hal curang dengan Nuffnang huhu.

being single is okay

Hi

{ entri ini tidak tertakluk kepada pasangan yang dah berkahwin}



I' tahu ramai pasangan couple ataupun kekasih yang sudah putus cinta and so do me T_T.  Sama ada your ex boyfriend curang dengan someone yang lagi cantik dari uolls ataupun pun lagi tinggi dari uolls atau pun yang wajahnya secantik Miranda Kerr The Babyface model so tayangkanlah  senyuman palsu say goodbye to your ex-jerky boyfriend konon-konon like 'Don't worry peeps, I'm fine and I'm fine' and balik je rumah terus meratap meraung menangis atas katil sambil koyak gambar uolls berdua tak pun main baling pisau kat gambar bekas boyfriend yang ditampal di dinding sambil mengeluarkan air mata darah. So horrible.

But girl-girl sekalian, fikir positif lah sikit. Hidup single pun boleh happy, bukannya happy masa korang couple semata. Tak payah la nak nangis sampai keluar air mata darah,  menangis kejap pun jadi and tak yah duk sibuk baling pisau kat gambar ex-boyfriend tu, berbekas dinding nanti uolls jugak kena bebel dengan mak uolls. Omputih cakap 'Let bygones be bygones '. Sama jugak macam uolls ok.? Kalau uolls terfikir KALAU ye, single pun okay jugak tak yah la sibuk nak terjun dari tingkat 13 k

Meh I list kan KENAPA SINGLE IS HEAVEN


1. Luangkan masa bersama keluarga.
Yang paling penting yeee,  katakanlah masa uolls couple uolls selalu keluar dating dengan boyfriend and selalu skip lunch or dinner with your family  semata-mata nak dating or mesej or on the phone dengan boyfriend. Sedikit sebanyak hubungan uolls dengan family jadi renggang,  so bila uolls dah kembali single why not uolls spend time with your family. Misalnya makan malam dengan family kat restoran,  shopping together dengan family ataupun pergi bercuti sambil berehat and secara tak langsung boleh eratkan kembali  kasih sayang antara ahli keluarga.


2.  Lepak dengan kawan-kawan.
Masa couple mesti uolls selalu menolak ajakan untuk lepak dengan kawan-kawan konon konon nak spend time dengan boyfriend tercinta la apa la  so bila uolls dah kembali single, apa kata aturkan pertemuan with your friends yang korang abaikan bila uolls terlajak mabuk cinta dulu tu.
Tengok movie ke main boling ke window shopping ke makan tak pun just ambil keputusan ajak kawan-kawan uolls lepak dalam bilik and lepas tu imbas kembali kenangan manis dan lucu korang, cakap pasal tu cakap pasal ni ngumpat orang tu ngumpat orang ni and then gelak sama sama. It's will be nice.


3. Kebebasan Untuk Diri Uolls.
Mostly,  orang yang couple selalunya akan kena soal dengan partner, 'Nak pergi mana?, dengan siapa?, lama ke balik kampung?, boleh I ikut sekali?' macam - macam lah.  Setengah couple akan berasa kurang selesa dan rimas sebab segalanya kena cakap kat cinta hati. And ada setengah couple rasa selesa dengan keadaan tersebut sebab konon konon nya diorang punya partner sayang gilos kat diorang padahal mana tau partner dia pasang lain ke kat belakang and tak nak kantoi dating kat tempat yang girlfriend nak pergi takut terserempak haaa. So bila dah single,  just kena jawab soalan from parent je and lepas tu ikut suka hati uolls nak shopping kat mana, makan kat mana,  tengok wayang kat panggung mana, tidur pukul berapa, online sampai pagi ke apa  tak yah nak kena report kat boyfriend yang kerek.


4. Jimat Duit Dan Masa. 
Ni lagi satu, masa couple of course banyak duit dan masa terbuang nak beli hadiah anniversary genap sebulan couple la apa la and then sikit sikit nak hadiah, merajuk sikit nak hadiah, mintak belanja Big Mac MacDonald laa baru senyum sampai ke telinga  lepas tu bila uolls nak rileks tengok drama dalam tv dengan family tak pun masa tu uolls nak rehat siap landing landing atas katil  ke tup tup your boyfriend pun hello hello 'Hello yayang my honey madu, jom dating?' wahh dengar je soalan masa tu terus siap siap macam lipas kudung kaauuu. Bila dah single ni boleh la landing atas katil tanpa gangguan hello hello from boyfriend yang jerk. tak pun boleh simpan duit nak beli laptop baru ke katil baru ke
apa ke.


5. Your Choose.
 Oh by the way girl, kalau you kembali single,  you boleh pergi salon buat stail rambut yang you suka and tinggalkan gaya rambut yang your ex suka tu.  Your hair,  your choice. Nak buat rambut stail Negro dengan Mak Limah pun no hal at least uolls selesa.  . So do your clothes and your handbags and of course your stilettos .  Peace.


p/s : single is better but married is awesome. 

Monday, 9 November 2015

review | dove volume & nourishment shampoo & conditioner

Hi

 Selalu kalau sikat rambut depan cermin, mesti kita nampak rambut kita nipis akibat selalu menggayakan rambut ,  don't worry sebab Dove telah mengeluarkan syampu terbaru iaitu Volume & Nourishment untuk rambut kita kelihatan lebat dan subur. Well semua wanita dalam dunia ni including me,  nak kan rambut yang kelihatan subur and fabulous,  sape je yang nak rambut dia nampak kurang subur,  kering dan flat ,iye dok?
Apa yang special dengan shampoo keluaran Dove kali ini berbanding dengan others product adalah dia punya Oxyfusion Technology yang dirumuskan dengan oxygen-fused untuk mengelakkan rambut kita kelihatan flat dan kering. Both of shampoo and  conditioner have Oxyfusion Technology .



And Volume & Nourishment Shampoo punya tekstur tu like clear gel  gitu bukan tekstur yang warna putih like the others shampoo and the shampoo juga diformulakan untuk melembapkan rambut dan jugak rambut akan kelihatan lebat jika digunakan secara berterusan,  of course both shampoo and conditioner have a beautiful scent smell like the girls want. So now,  kita boleh menggaya kan rambut tanpa ia kelihatan nipis.

Be happy people. Peace. 

perihal URL blog

Hi

I selalu tukar URL blog ikut suka hati. Entahlah sekejap rasa URL tu okay kejap tak lepas tu  tukar pulak lepas rasa tak okay tukar pulak. Sampai bila la haha. I tengok orang lain punya URL blog statik je contohnya blog Namee Roslan dan Ben Ashaari, I je yang kerek.



And I don't know how to stuck in the same URL T_T. Tengok blogger lain tu senang je kekalkan diorang punya URL Huhuhu.

5 fact about me.

Hi.

Tetiba terfikir nak buat post Fact About Me. Betul ke idok grammar tu tak tahu la ambe pun.


1. Kidal.

Mula-mula start belajar menulis dulu-duly memang dah start pegang pensil tu dengan tangan kiri, sampai lah sekarang ni. Tengah taip entri ni pun lebihkan jari-jari tangan kiri instead of kanan. Pernah lah jugak belajar menulis guna tangan kanan tapi tu la, rasa awkward semacam so kekal sebagai kidal je la T_T.


2. Blusher vs Maskara?

Kalau diberi pilihan sama ada nak pilih blusher or mascara bila masuk kedai yang jual mekap, of course I pilih mascara instead of blusher or whatever sebab suka pakai mascara daripada others mekap tu.


3. Tak Biasa Dengan Baby.


Haa cakap pasal tak biasa dengan baby of course la tak pandai dukung baby especially yang baru lahir tu. Cuak la jugak takut takut leher baby tu patah kalau tak kena gaya. Kalau baby orang lain lagi la I tak berani.


4. Say No To The Diet.
Haa yang ni satu. Sepanjang dua puluh satu tahun I hidup, I tak pernah diet and I tak suka diet. Jangan duk suruh I diet kalau tak nak kena tendang kat perut tu. Daripada duk tahan laparmakan yang entah apa apa , baik I makan. Perut kenyang,  hati pun senang ^_^ .


5. Keith Foo.
I bukan nak habaq Keith tu boyfriend I or suami I sebab dia sendiri pun dah ada girlfriend,  Kimchi Raymond. Tapi memang I minat lah dengan Keith Foo tu. Ariana Rose, Keluarga Pontimau, Girlfriend Kontrak memang best sebab ada Keith Foo? Keith Foo , the best hero.