Sunday, 27 December 2015

manfaatkan waktu rehat sejam anda



Kalau time rehat or lunch ke apa biasanya sejam je.  So dalam sejam tu kalau setakat uolls pergi tunaikan solat Zohor lepas tu pergi makan kat tempat sama je kejadah. Heh..

Actually,  masa lunch ni yang sejam ni kita boleh layan :
  1. Tidur kroohh kroohhh. Ye kalau uolls tak cukup tidur or ngantuk sebab layan bola atau movie,  boleh layan tido dalam surau time lunch tu. Tapi jangan pulak uolls membuta sampai pukul 6 petang hehe. 
  1. Mengumpat. Yes masa kerja sebelum ni memang kita ni kaki blogging dengan kaki mengumpat. Heh. Kalau time tu iolls takde selera makan,  memang iolls mengumpat. Heh dasar 'wanita sejati teramat'.
  1. Window shopping.  Meh meh jalan tengok handbag ke baju ke kasut kasut ke meh. Sempat lagi ni. Mana tau kut kut ada barang terkenan dalam hati boleh terus ngap. Tu pun kalau duit dalam purse cukup hoho.
  1. On Facebook.  Sesetengah company memang time lunch je diorang free boleh on Facebook Twitter Insta bagai. Sob sob T_T so gunakanlah masa lunch untuk update uolls punya social networks tu eh. Update blog pun boleeeeehhhhh.
  1. Karok of course? . Sape sape tension teramat boleh lepaskan pakai suara yang lunak merdu tu. Olalalala~~~. Meh karok meh. 
  1. Layan gim pun okay.  Silap hari bulan 'Omaii six pack dah tumbuh subur yang amat T_T' 

p/s : hilangkan bosan @_@. Tak sabar nak menitiskan air mata malam ni. Haha Khabi Kushi Khabi Gham 9:00 pm TV3 ^_^

Wednesday, 23 December 2015

Devil's Face Game

Hi

Petang tadi boring, main game Farm Heroes Saga pun bosan jugak plus takde idea nak update blog so saje je godek godek kisah seram kat Google tuh , I think I ni perempuan yang berani. Heh konon. Start daripada kisah seram rumah kat Shah Alam ni sampai lah kisah seram pasal Oujia Board tu huhu ketar palo lutut ambo.
So adalah kat satu blog ni dia senaraikan game jenis macam ni,  kira game pasal hantu hantu la ni. So dalam banyak banyak game tu, I just tertarik dekat satu game je iaitu Devil's Face hehehe.

Based on Encik Mimpi Google serta bloggers otai lain, Devil's Face ni adalah satu permainan yang berasal dari Sepanyol, betul atau tidak , benar atau salah kite sendiri pun musykil jugak =,='


Sorry gambar tak cukup scary hahaha. So untuk bermain permainan ni,  hanya seorang pemain yang dibenarkan, tak boleh main ramai-ramai ye, sorang je tak kira perempuan ataupun lelaki.

Barang yang diperlukan :
1. Lilin berwarna hitam 12 batang.

Cara bermain :
Sebelum pukul 12 tengah malam , uolls masuk dalam bilik air,  berdiri mengadap cermin bilik air tu and nyalakan 12 lilin hitam tu depan cermin.  Make sure bilik air tu gelap. And then,  pejam mata lepas tu buka mata selepas  jam berbunyi menunjukkan pukul 12 tengah malam..Lepas tu tengok lah kat cermin tu apa yang ada.

Actually game ni kita pun tak pernah main. Tak berani lah ><' . Kalau uolls berani , mainlah. Heh.
Got it from Devil's Face .





Monday, 14 December 2015

lemon detox water what?

Hi

I bangun pagi urmm at the ten morning of course because I'm not a morning person I am. Lepas tu basuh basuh muka and gosok gigi lepas tu terus minum 'a detox water' konon. Heh.

 Last night search google pasal detox water ni konon konon nak bersihkan usus lah kempis kan perut la so jumpa satu blog ni and dia bagi resepi nak buat detox water sendiri kat rumah and of course lah I buat tapi jenis yang biasa je.  Potong buah lemon tu nipis sikit,  letak dalam botol  lepas tu masukkan air sejuk dalam botol tu and then simpan dalam peti semalaman. So bangun pagi tadi memang nak minum lah mana tahu kut kut jap lagi masuk jamban haaa gituu. Tapi sampai sekarang tak masuk jamban,  hmm maybe my usus memang dah bersih kut *positif.



p.s nak langsing jugak

Sunday, 13 December 2015

Segmen Blogslist 2016 by Farahana Sharif

Hi uolls

At the first, selamat berhujung minggu dengan family or dengan boyfriend or girlfriend or kekawan or dengan jiran jiran uolls. Segmen kali daripada blogger Farahana Sharif sempena meraikan pemberian iPhone 6 daripada papa kesayangannya. Omaigod jeles kot haha T_T. I pun tak pernah guna iPhone iPhone ni youuu.


Berminat nak join segmen ni?  Just click banner dekat atas tu.  Peace?!

TARIKH TAMAT SEGMEN : 26 DISEMBER 2015

Saturday, 12 December 2015

dear Alice


Image dari Google 

Dear Alice
Do you know that I miss you so much?

Dear Alice
Do you know that I miss our moment together? Are you miss 'the moment' too?

Dear Alice
Do you know how cute you are?

Dear Alice
Do you live well?  I hope you are and I know you are because I'm always stalk you on Facebook timeline.

Dear Alice
Do you eat and sleep well?  I hope so.

Dear Alice
Do your cut your hair already?  I'm just asking.

Dear Alice
Do you already have a handsome man as your bodyguard for your whole life?  I think you are.

Dear Alice
Do you remember anything about me?

Dear Alice
Do you know that I don't remember your real name and I'm only remember your nickname - Alice in the Wonderland or Alice for the short.

Dear Alice
Do you study well? I hope you are

Dear Alice
Do you know that you are the best roommate I ever had?

Dear Alice
Do you know that you are the only my Chinese friend oh not you only but Yinkei too. I don't know how to spell the yinkei in the right one >_< sorry. I love both of you guys.


***

Actually I don't have any ideas to update my blog but I still want to update and then teringat my ex-sweetest-cute-roommate masa sem 2 kat Politeknik Muadzam Shah maka lahir lah entri ini dalam blog I.  Heh.  Ayat tak boleh blah.

Friday, 11 December 2015

I need you - m38 and a simple-dimple recipe

Hi

First time dengar lagu from M38 punya band adalah I Need You,  tu pun tahu lagu tu bila I tengok filem Divergent.  Well for me, lagu tu best. Sangat best. Tetiba je rasa lapar so I buatlah lempeng. Lempeng ni senang sangat nak buatnya, pejam mata pun boleh buat haha melainkan uolls tak kenal tepung gandum ataupun dalam bahasa omputih nya adalah flour.  Heh. So there we go .. readykan bahan bahan sambil pasang halwa telinga iaitu lagu I need you from M38 nih.

Resepi Lempeng Simple daripada blogger perempuan yang malas masuk dapur tapi suka makan.

Bahan-bahan :
Tepung gandum 
Sebijik telur 
Gula 
Susu 
Garam 

Cara cara :
Blend bahan bahan di atas and lepas tu masaklah atas kuali non-stick tu. Lepas dah masak tu uolls makan lah dengan susu cair ke apa ke. Haa gitu

Simple nak mampus that why lah I cakap tutup mata pun boleh buat haha. Takde gambar sorry. Huhu. Anggap je lah lirik lagu kat bawah ni sebagai pengganti gambar ( ;_; )

"I Need You"
Have you ever had a feeling
That we're not alone?
Hold to call the feeling senile
They unearth for more
Going down the dusty roads
We are cold and see-through

I need you

There's a reason after all
All the things that I have done
Pump the blood and leave it all
Anywhere you take mine

See it all
Just go and solve it all

See it all



Tuesday, 8 December 2015

resepi sweet corn simple

Hi

Uolls sendiri tahu kan sweet corn sekarang kat kedai ni mahal kan?  Sedih wei dah la tu one of my favorite food. Sobs sobs sobs. So solutionnya I buat my own sweet corn lah simple. Haha haha. Lagi jimat instead of beli sweet corn kat kedai tu. Sweet corn yang bekas kecil tu pun dah RM 3.00 dah sekarang ni, kalau yang bekas agak besar sikit lagi mahal,  memang hell weh. So nak senang make your own sweet-melting-corn heh. So anggap je la ni salah satu resepi cikai dari newbie blogger macam I kay ?

And now,  terima lah resepi cikai lagikan simple nak mampus daripada seorang blogger yang zero bab masak masak tapi gatal nak tepek resepi kat blog.  Huhu.

Resepi Sweet Corn at Homie 

Bahan - bahan :

Jagung
- suka hati uolls lah sama ada nak beli jagung mentah yang jenis siap dileraikan kat supermarket tu atau pun tanam sendiri kat belakang rumah. But kalau I,  senang beli yang already kat supermarket tuh.

Majerin
-ikut suka hati uolls la nak guna Planta or whatsoever at least still lagi majerin, bukan minyak sapi atau yang sewaktu dengannya.

Susu pekat / susu cair
-uolls bebas nak pilih any brand, nobody gives you a damn care.

Garam -only an option.  Peace.

Mayonis - an option too.


Cara - cara ;

1) Kukus jagung tu sampai betul betul empuk dan lembut. Warna dia of course lah berubah jadi kuning terang and dia jadi kembang sikit. Tapi based on you guys jugak lah, ikut you guys punya keselesaan eh. Gituuu haha. Api sebaiknya sederhana , lagi okay.

2) Oh lepas jagung jagung tu betul betul empuk lembut , bau naik sedap lagikan nak mampos, boleh la you guys angkat. Takkan lah you guys nak biarkan jagung tu sampai tahun depan atas dapur tu.

3) Time jagung tu tengah panas panas sampai buat air liur uolls menitis atas lantai, korang letakkan jagung tu dalam mangkuk and then campur majerin, susu pekat or cair and sedikit garam. Tapi kalau tak nak taruk garam pun no hal sebab majerin tu dah tersedia masin. Nak tambah mayonis lagi okay lagi sedap korang punya sweet corn tu , perghh. Haha.

p/s.:  resepi sweet corn ni tiada gambar. Sorry. Kukus jagung tu pakai pengukus ye sayang huhu.

Monday, 7 December 2015

Pencarian Blog Terkemas 2015

Hi Guys! Om buat lagi segmen. Nak tahu Apa yang lain? Mari kita check apa yang lain.

Click Gambar untuk Join Tau!!

Pencarian Blog Terkemas 2015 aku adakan untuk mencari blog yang paling paling sangat kemas. Kemas dan cantik, sedap mata memandang bila jengah belog korang. Sambil sambil tu boleh promote belog korang dan juga blogwalking sesama blogger.


Haaa apa tunggu lagi, jom join. Hadiah adalah rahsia, Goodluck!

Sunday, 6 December 2015

a nova vida part 1


Telunjuk kanan mengosok-gosok mata yang terasa gatal. Tangan kiri mencapai cawan yang berisi mocha panas sebelah kiri laptop, mata tetap pada skrin laptop yang memaparkan timeline Facebook. Sekilas melihat jam dinding yang menunjukkan pukul 1:15 pagi dalam bilik yang hanya diterangi cahaya dari lampu meja belajar . Jemari tangan kanan mengelus rambut yang panjang takat paras dada. Kenapa dia masih belum tidur? Hati menjawab 'Sebab nak jenguk Facebook yang dah berminggu-minggu terbiar' , bertemankan secawan mocha panas yang menjadi kegemaran sejak dahulu kala. Telunjuk kiri didaratkan atas Syntap Mouse Pad dan kedengaran lagu dari speaker laptop.

Wonderwall - Oasis.

Secara automatik bibir mengukir senyuman. Telunjuk still lagi atas Syntap Pad Mouse scroll down timeline Facebook, sekadar menghilangkan bosan pada tengah malam yang sunyi tapi tiada apa yang boleh menarik minatnya untuk mengadap Facebook yang semakin hari semakin membosankan pada pandangan matanya. Maka jom lah kita log out Facebook,  shut down laptop and berbaring atas tilam yang empuk. Bilik tersebut hanya diterangi lampu dari meja belajar serta bunyi kipas siling yang berpusing pada kelajuan maksimum . Kipas yang berpusing direnungnya mengharapkan lena datang membawa pergi ke alam mimpi yang indah.

Good night everyone good night world.

***

Ara bangun dari pembaringan melihat jam dinding yang disangkut bertentangan dengan katil. Jam menunjukkan pukul 9:30 pagi. Dia menguap dan mengaru-garu kepala yang terasa gatal dengan rambut yang tidak terurus dan turun tangga ke tingkat bawah,  rumah terasa sunyi tak berorang,  hanya bunyi radio dan bunyi ketang ketung ketang ketung di dapur yang membuat pencemaran bunyi pada pagi yang indah di hari Jumaat tersebut. Bibik Inah yang tengah sibuk menyusun peralatan memasak yang dibasuh ke atas rak yang disediakan berpaling ke arahnya. "Kok kamu baru bangun? Hari udah kesiangan." Ara just hmm hmm dan menguap, baru pukul sembilan setengah kut apa yang kesiangannya, siang ikan? Ara  membuka peti sejuk dan mengambil susu kotak Pure Farm Dutch Lady yang tinggal separuh dalam peti dan meneguk nya. Tekak kering weh pagi pagi ni. "Waduh kok minumnya kayak gitu? Anak gadis enggak bisa minum kayak gitu, hilang manis nya nanti. Kan gelas nya ada kok enggak minum sama gelas sih?". Bibik Inah membebel sambil letak gelas atas meja depan Ara. "Kamu udah basuh muka?" . Angguk. "Udah gosok gigi?". Angguk jugak sambil telunjuk kiri genyeh mata kiri yang bertahi, walaupun gigi still lagi belum gosok. Gasak ah bukannya benda besar pun, kata Ara dalam hati sambil menuangkan isi dari kotak susu ke dalam gelas dan minum.
"Bik udah masak mee goreng buat kamu tapi mee nya udah dingin kerna kamu bangunnya udah kesiangan atau kamu mahu makan roti bakar? " kata Bibik Inah sambil meletakkan pinggan, sudu garfu serta cawan depan Ara. Erk, bukan tadi dah ambil gelas ke, oh ada air teh baru perasan. Mee goreng yang diletakkan di tengah meja disenduk ke dalam pinggan dan makan dengan bersahaja manakala Bibik Inah sambung buat kerja. Hari Jumaat serta hari bekerja yang lain memang rumah agak sunyi almaklum lah hari bekerja tapi time weekend pun rumah sunyi jugak. Mama dengan Papa keluar pergi kerja even hujung minggu pun diorang takde kat rumah. Keluar pagi balik malam dan bila kata 'balik malam',  bukannya diorang balik pukul tujuh or pukul lapan macam orang lain tapi pukul 12 tengah malam tak pun pukul 1 pagi,  well sepatutnya 'balik lewat malam'. Dan Ara meneruskan suap mee goreng dengan garfu sambil melihat Bibik Inah buat kerja dan juga ditemani dengan celoteh DJ stesen mana entah dari radio yang diletakkan berhampiran pintu masuk dapur. Habis je makan mee goreng terus dibawa pinggang serta sudu garfu ke sinki,  basuh dan bilas dan terus diletakkan atas rak nanti takde lah menyusahkan Bibik dengan something yang kita boleh buat sendiri. Minum susu dan terus naik ke bilik. Nak mandi.

Dia mengesat rambut yang lembap dengan tuala dan terus campak tuala atas katil. Badan memang rasa segar je lepas mandi air panas,  muka pun nampak segar. Disarung nya skinny jean berjenama Levi's yang ketat berwarna biru gelap serta t-shirt berwarna hijau lumut. Ara hadap cermin panjang dan sikat rambut lantas beg sandang atas katil dicapai. Dan pintu bilik ditutup.

p/s : this is my first short story,  so kalau banyak kekurangan I'm sorry.  Your comments makes my blog better.

Friday, 4 December 2015

suka novel-novel Hlovate


Hi
Sape suka baca novel novel hlovate...kita geng...haha
I loves Hlovate. I loves her novels like so much walaupun ada je yang belum baca lagi macam aA+bB, Schubert Serenade, Ked's Story. Tak macam novel novel tipikal yang lain, i think uolls know what I mean.


Novel Hlovate yang mula mula sekali I baca [tunas] lepas tu Rooftop Rant then Anthem, Versus , 5 Tahun 5 Bulan and last sekali I baca Contengan Jalanan haha berterabur . So far so good and awesome.  Memang sangat lah suka Hlovate punya karya. I'm not sure macam mana boleh terbeli novel [tunas] dengan Rooftop Rant at the first sebab tak ingat sangat. Haha nyanyuk sudah -,-" . Masa baca [tunas] tu memang teringat terus zaman sekolah walaupun sekolah just depan rumah je tetap teringat. Huhu. Addin Shah and Magnificent 7 are awesome and Benz Aliff is so cool. Haha kalau lah ada budak budak macam Mags 7 dalam sekolah I yang jarak tak sampai 500 meter tu of course lah meriah. Kira [tunas] ni jenis novel yang 'ringan' and bila baca confirm tersenyum siap gelak and tak depress. And of course mengingatkan diri zaman sekolah dulu.

Rooftop Rant memang buat orang yang baca impress. Macam mana Trisy, a girl yang broken down kes family yang as good as no family at all, smoking siap dengan pil tidur and pernah masuk hospital sebab suicide attempt  tu boleh turn on jadi seorang muslimah yang awesome and pakai baju kurung semendang ll
 bila study kat Uni of Aberdeen UK nuh. And suka Jade si pelukis komik yang pakai spec John Lennon. Baca novel ni la tahu pasal lagu Wonderwall. Next,  Anthem about Dania Dashrin or Dash and Lee Si Hitler, the nomad kids yang tercampak balik Tanah Melayu tercinta and how she survive. Then, Versus, kisah Minn Edina dan AO - Ashraf Omar the skater  .  5 Tahun 5 Bulan, Ana or Jo , Along the Serbia and Jebat Iskandar. 5 Tahun 5 Bulan sebab Ana ambik course Medic and dalam masa 5 Tahun 5 Bulan tu lah dia belajar menjadi dewasa. And the last,  Contengan Jalanan. Dua kisah dalam satu novel and for me,  this is the best. Kisah Fend dan K2 (K Square).
So for me,  Hlovate is a great writer.  Dalam novel novel dia banyak quote and lagu yang best best.


Quotes from Rooftop Rant yang I ingat is :

To hate others is ugly 
To hate yourself is uglier 

To live well or live hell 
You choose 
May Allah bless 


Dalam novel novel Hlovate,  memang ada quote quote yang awesome,  lagu lagu yang best that's you ever heard and fell in love heh.
So pendek kata. I sukakan karya karya Hlovate. Open my eyes and my heart too.

Remember.
There're times when strangers are like family and family are like strangers. 

p/s : teringin nak baca Schubert Serenade sangat sangat. Kisah Ju'a dan Abang Shah. 

Tuesday, 1 December 2015

it's raining outside & a shawl

Hi

Hari ni dah masuk 1 Disember 2015 sekejap je masa berlalu, tak lama lagi kita masuk tahun 2016 holaaa.. umur pun semakin meningkat semakin bertambah semakin tua. Diri sendiri belum lagi reti belit belit shawl , ada tutorial dalam YouTube pun I tak ikut. Nampak tak tahap kemalasan tu haha. Cita cita pun tak genggam lagi. Heh.

Mukaddimah petang Selasa yang nyaman. Jumaat lepas,  kami sekeluarga pergi Rantau Panjang konon konon nak cuci mata. Umi siap beli tikar time hujan rintik rintik air bergelora tu. Memang pun kitaorang siap redah hujan dengan payung walaupun hakikat nya basah time tu macam orang main hujan.  Huh. Baik tak yah bawak payung. Muahaha.
So masa tu memang usha barang baik punya walaupun hujan. Usha sana usha sini and terbeli lah satu shawl warna pink pink gitu. Tengok je adik beli terus gelenya nak beli satu. Haha dasar perempuan. Harga 15 ringgit je *rolling eyes.
Tapi tu lah aku bukan pakai pun shawl tu, adik aku je yang pakai ke hulu ke hilir.

Dah memang berjantina perempuan. Nampak something terus gatal nak beli. Tengok pijama terus terasa gatal tangan nak beli.  Tengok handbag cantik terus rasa nak beli.  Tengok baju murah murah terus nak beli. Tengok kasut kasut yang menawan terus nak pakai. Tengok cardigan terus nak beli. Tengok makanan terus rasa lapar. Hais dasar perempuan. Tapi I just beli shawl tu je. Haha.
Oh by the way I'm so in love dengan satu lagu ni. Kalau hujan , memang suka on lagu ni.

It's raining outside // Soko

It's raining outside
I'm crying inside
It's raining outside
I'm crying inside

5 A. M in the dark
You like a cold fish with me
You're sleeping I'm thinking
You're turning your back to me
Here in my bed you're mad away from me
Here in my head you're never close to me

It's raining outside
I'm crying out loud
It's raining outside
I'm crying out loud
I run away by foot

Lost in the empty street
You are supposed to follow me
But you are too proud too do it
Here in my bed you're mad away from me
Here in my head you're never close to me
Come on... Don't be mad I told you I need you
Come on... Don't be sad I'm still in love with you

It's raining outside
May I come inside?
It's raining outside
May I come inside?

It's my fault, I'm sorry
Let me happy this fight
I apologize, would you hug me tonight?
Here in my bed you're mad away from me
Here in my head you're never close to me
Come on, don't be mad, I told you I need you
Come on, don't be sad, I'm still in love with you

Toodles. Selamat berhujan sambil dengar lagu Soko tu. Baru kick.


*gelenya= mengada.